Selasa, 24 Mei 2011

sejarah dan latar belakang



Saya Nafisah binti Mat di lahirkan di sik ,Kedah,mempunyai 3 orang adik-beradik dan merupakan anak yang bongsu.Saya dibesarkan di Kg.Sintok Bugis ,Kota Kuala Muda,Kedah,mendapat pendidikan awal di Sekolah.Kebangsaan Bukit Meriam ,Sekolah Menengah Kota Kuala Muda dan seterusnya Sekolah Menengah Ibrahim,Sungai Petani dan melanjutkan pelajaran di Kolej Kejururawatan Pulau - Pinang selama 3 tahun.

Pada 20/10/1999 ,saya telah diijabkabulkan dengan Mustakim bin Jaapar,kami dianugerahkan dengan dua orang puteri iaitu Nurin Nabilah dan Nur Ain Nabilah,masing-masing berusia 10 tahun dan 7 tahun.Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langkasuka,Yan,Kedah.Kami sekeluarga tinggal di No.6 Taman Pulau Bunting,06900 Yan,Kedah.
.
Saya mula berberkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Jururawat pada 16/12/1998 diwad ortopedik Hospital Seberang Jaya,Pulau-Pinang selama satu tahun setengah.Kemudian saya telah mengikut suami bertugas di Hospital Langkawi selama enam tahun iaitu pada tahun 2006,seterusnya saya bertukar ke Hospital Yan dan bertugas di sana selama empat tahun dan sekarang saya berkhidmat di Klinik Kesihatan Yan.Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sewaktu bertugas ,ada yang pahit dan ada yang manis.

Hobi saya adalah membaca buku,saya juga suka melancong bersama-sama keluarga terutama semasa cuti sekolah.